MAHA BESAR CIPTAAN ILAHI

MAHA BESAR CIPTAAN ILAHI

Ahad, 24 Oktober 2010

TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA

bukan bermakna untuk menyanjung diri,tapi sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini,kita seharusnya bertanggungjawab terhadap ibu dan bapa sampai kita menghembuskan nafas terakhir.tanpa mereka mendidik kita,adakah kita dapat merasa nikmat di dunia ini?sungguh hati kita pilu tatkala membaca dan melihat perkara yang sia sia dilakukan segelintir masyarakat kita terhadap mereka?ibu bapa adalah segalanya yang mendatangkan perasaan yang tidak berbelah bahagi..ketika kita sakit semasa kecil,ibu bapa kitalah yang menjaga kita tanpa tahu penat dan lelah..mereka melakukan dengan hati yang iklas.tidak sedikitpun di hati mereka berasa kecil hati apabila kita mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya kepada kita..tanpa ibu bapa,,siapalah kita di dunia ini..pernahkah kita memikirkan perasaan ibu atau bapa ketika mereka meminta sesuatu dari kita? ibu dan bapa kita tidak mengharapkan apa apa dari kita kecuali sekadar mengambil berat akan perihal mereka ketika mereka memerlukan kita..luangkanlah sedikit masa untuk bersama mereka untuk tidak menyakiti hati mereka..pengorbanan kepada ibu bapa adalah perkara yang paling ALLAH suka..manakala tanggungjawab kepada mereka adalah sesuatu yang paling mulia di sisi ALLAH.cuba kita renungkan kembali,sejauh mana kita melakukan yang terbaik untuk ibu bapa?pernahkah kita bekorban demi ibu bapa?
pada ketika ini ramai masyarakat kita yang langsung tidak menghiraukan ibu bapa,,ada diantara mereka yang sanggup menghantar ibu bapa di rumah orang orang tua yang disediakan oleh pihak kerajaan..bagi mereka ini,ibu bapa yang sudah uzur sangat sukar untuk dijaga,dan adapula yang sanggup menghalau dari rumah mereka semata mata untuk menjaga hati isteri yang tercinta,,bila dapat isteri yang tidak suka kepada bapa mertua,,ini membuatkan segelintir mereka ini yang sanggup menghalau ibu bapa dari rumah..akhir kata,,siapalah kita untuk tidak menjaga mereka sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKAN

IKAN